Sabtu, 26 Disember 2009

Khamis, 24 Disember 2009

~Konsert Auni~


Pada 15 november 09 yang lalu Pusat Jagaan Kanak-kanak Auni telah mengadakan konsert bagi menonjolkan bakat anak-anak anda...selama sebulan kakak-kakak Auni membuat persediaan dengan bertungkus lumus bagi memastikan anak didik masing-masing tidak menghampakan mereka...alhamdulillah anak-anak kita berjaya membuat persembahan dengan baik .Ok..mama ingat janji mama nak belanja KFC buat semua anak-anak mama tapi memandangkan cuti sekolah ramai yang takda jadi kita tunda bulan jan ye...nanti tak adil pulak...sabar ye anak-anakku...Cam selalu bila ada apa-apa majlis pihak Auni tak lupa merakamkan hari bersejarah kami dengan kerjasama En.Shairan (ayah Nabil&Najmi)..Tima Kasih banyak-banyak pada En. Shairan gambar semua
cantik-cantik harga pun memang berbaloi-baloi tahun depan harap dapat harga ok lagi hehehe....Oklah selamat membelek sebahagian dari gambar yang mama dapat masukkan..Nak tengok semua gambar jumpa Cik Enie kat taska ye....
Kakak-kakak Auni yang glamour

Persembahan rama-rama dari Playschool

Dikir barat dari kanak-kanak transit sekolah

Cerita rama-rama dari cikgu Ateeka

Enjit-enjit semut dari kanak-kanak Playhouse

Semangat anak-anak Auni menyanyi lagu Malaysia Berjaya

Cek Mek Molek...dari kanak-kanak transit tadika

Sedih dengar lagu Nasyid dari anak-anak transit sekolah...

Puteri gunung ledang...dari kanak-kanak transit sekolah

Tarian orang asli moden..dari kanak-kanak transit tadika

Tarian cina dari kanak-kanak transit tadika

Teater kanak-kanak "Inilah Malaysiaku"

Selasa, 22 Disember 2009

Ajaibnya sentuhan

KUASA SENTUHAN KEPADA BAYI....



Percaya atau tidak, menyentuh bayi boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap kali anda berada di sampingnya atau setiap kali bayi menjangka kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa selamat dalam dunianya dan sudah bersedia untuk mempelajari tentang dunia yang sebenar kelak nanti.

Apabila bayi cuba mencapai kepada si ibu, bayi mungkin cuba memberitahu si ibu untuk memeluk dan membelainya untuk merapatinya atau si bayi gembira dengan kehadiran ibu. Apa yang penting, bayi sedang menunjukkan rasa perlunya terhadap ibu, dan ini menandakan hubungan erat antara ibu dan anak. Semasa anak membesar, tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah anda akan membantu bayi lebih sedar akan pergerakannya dan cara membuat pergerakan yang bermakna.

Kajian yang telah di lakukan mengenai perkembangan bayi seluruh dunia mendapati kuasa sentuhan memberikan kesan positif kepada bayi.

*Bayi yang baru dilahirkan mampu merasa sentuhan dari ibu dan ayahnya. Sentuhan yang dilakukan dengan kasih sayang dapat menenangkan bayi yang berada dalam keadaan yang tidak selesa.
*Ketika baru lahir, tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa mengerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki.
*Bayi juga akan bertindak balas apabila disentuh dan diagah oleh ibu bapanya.
*Peluk, dukung dan mengurut bayi merupakan satu cara untuk merangsang deria sentuhan. Jangan biarkan bayi terlalu lama bersendirian kerana ini akan menghalang bayi dari mendapat rangsang sentuhan.
*Sentuhan membuatkan bayi merasa dirinya selamat dan dilindungi oleh kedua ibu bapanya. Pegang dan belailah tangannya. Kemudian sentuh pada bahagian belakangnya. Sentuhan ini akan membuatkan bayi merasa selesa.
*Bagi bayi pramatang pula, sentuhan adalah terapi baginya. Ia adalah keperluan untuk menambahkan berat badannya dan juga mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami bayi. Sekali gus mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi ini.
*Sebelum bayi dapat melihat dengan jelas, melalui sentuhan bayi belajar tentang dunia persekitarannya, emosi dan fizikal. Bahkan kelembutan barang permainan pertamanya.

Saiz otak bayi ketika dilahirkan ialah 25 peratus daripada saiz otak orang dewasa. Manakala bayi ketika dilahirkan dibekalkan dengan 100 bilion sel. Otak bayi akan berkembang dengan sempurna sekiranya mendapat zat yang seimbang dari pemakanan, di jaga dari sebarang kecederaan fizikal dan mendapat rangsangan yang betul


Jadi luangkanlah sedikit masa anda dalam sehari untuk memberikan sentuhan yang bermakna buat anak-anak anda....
-Dipetik dari pa&ma june09-

Anniversary Auni...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

YURAN TAHUNAN 2010...

YURAN PENDAFTARAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2010 :
1) FUN PLAYHOUSE :Bayaran bagi setahun aktiviti / Uniform
Maklumat Bayaran :
Alatulis / Warna / Kertas / Fotostat RM 25.00
Yuran permainan setahun RM 30.00
Uniform (sepasang) RM 25.00
JUMLAH BAYARAN SETAHUN : RM 80.00

Aktiviti yang dijalankan :
•Perkembangan moto halus & kasar (merenyuk , mengoyak , doh , blok , aktiviti luar )
•Perkembangan bahasa (bercerita , nyanyian , muzik dan pergerakan , puppet )
•Perkembangan sosioemosi (main air , main peranan , main pasir , warna air)
•Perkembangan kognitif (puzzle , padan blok)
•Doa harian

2) FUN PLAYSCHOOL :Bayaran bagi setahun aktiviti / Uniform
Maklumat Bayaran :
Alatulis / warna / Kertas / Fotostat RM 25.00
Yuran permainan setahun RM 30.00
Uniform 2 helai RM 50.00
Buku setahun RM 95.00
JUMLAH BAYARAN SETAHUN : RM 200.00

Aktiviti yang dijalankan :
•Bermain sambil belajar (menyediakan alatan mainan yang merangsang perkembangan)
•Awal matematik (memadan , membeza , konsep nombor , membilang )
•Aktiviti fizikal (imbangan , melompat , koordinasi mata / tangan , moto halus)
•Awal sains (main air , main pasir , eksperimen mudah , meneroka)
•Aktiviti kognitif (asas warna , puzzle , blok)
•Pergerakan kreatif , nyanyian , bercerita , puppet , main peranan
•Zikir dan doa harian
•Art & craft
•Pengurusan diri (aktiviti galakan & toilet train)

3) CUTIE BABY :Bayaran bagi setahun aktiviti
= RM 30.00 (Bayaran bagi Yuran Permainan)

Diharapkan agar semua ibubapa dapat memberikan kerjasama menjelaskan yuran tahunan pada atau sebelum 01/01/2010.Kerjasama dari semua ibubapa saya ucapkan jutaan terima kasih...

‘Main merupakan terapi kepada kanak-kanak , dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran dan meneroka sesuatu serta main juga merupakan keperluan kepada tingkahlaku yang akan membantu kehidupan masa akan datang’.

DI AUNI KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN....

PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK AUNI
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
PENJAGAAN ‘CUTIE BABY’ (KANAK-KANAK 3 BULAN – 2 TAHUN)
KELAS FUN PLAYHOUSE (KANAK-KANAK 2 TAHUN – 3 TAHUN)
KELAS FUN PLAYSCHOOL (KANAK-KANAK 3 TAHUN – 4 TAHUN)
PENJAGAAN TRANSIT TADIKA & PENJAGAAN TRANSIT SEKOLAH
KELAS FARDHU AIN & ZIKIR DAN DOA
KELAS ART & CRAFT

PEMBELAJARAN BERMULA DARI AWAL DENGAN :
•KAEDAH MAIN SAMBIL BELAJAR
•MENYEDIAKAN ABM MAINAN MERANGSANG PERKEMBANGAN
•PERSEKITARAN YANG KONDUSIF
•PEMBELAJARAN BERTEMA ‘ I PLAY ‘
•ALAT BANTU MENGAJAR DARI ‘ GLORIER ‘
•KAEDAH AWAL MEMBACA ‘ SURIA ‘
•AKTIVITI GALAKKAN MENGURUSKAN DIRI

‘ PLAY LEARN AND GROW TOGETHER ’

JOM MANDI KOLAM...
AKTIVITI MEWARNA FUN PLAYSCHOOL
KITA MINUM DULU...
BERMAIN ALAT MUZIK
KELAS ART&CRAFT FUN PLAY HOUSE
AKTIVITI MENGGOSOK GIGI
AKTIVITI FIZIKAL KANAK-KANAK PLAYSCHOOL
KANAK-KANAK PLAYHOUSE 2009
KANAK-KANAK TRANSIT TADIKA
KANAK-KANAK PLAYSCHOOL 2009

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431H




Doa Akhir Tahun
(Dibaca selepas solat asar)
Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
(Dibaca selepas solat maghrib )

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.20. Nabi Isa diangkat ke langit.


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak isterifadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskinfadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marahfadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesatfadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimfadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekahfadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan dirifadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunatfadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelakfadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaatfadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca"has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"fadhilat - Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk

13. Menjamu orang berbuka puasafadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. PuasaNiat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

-Marilah kita bersama-sama mendapatkan keberkatan dan fadhilatnya-