Rabu, 16 Disember 2009

Rajinnye....

Salam....
Hari ni, mama nak kongsi dengan semua ibubapa tentang rutin harian anak-anak kita sepanjang cuti sekolah ni. Memang menyeronokkan bagi mereka apabila Cik Ennie dan Kak Hajar memberi kesempatan kepada mereka untuk membantu rutin mereka seperti sapu sampah , sediakan makanan ,hiaskan taska dan sesekali membantu cik Ennie cuci bilik air... Mereka semua begitu excited dan berebut-rebut nak menolong tapi mama tahu kat umah semua buat tak tau je...samalah cam anak dara mama.Sepanjang cuti ni kakak-kakak banyak buat hiasan untuk menyambut tahun 2010 je...pastu mengemas bilik masing-masing sambil anak-anak transit membantu menampal , menggunting dan menggantung apa yang patut...rajin sebenarnya diorang ni cuma kita patut bagi peluang , galakkan dan pantau apa yang mereka lakukan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan